Home > Bicara Siasah > Daripada Ir kepada Dato’ Seri

Daripada Ir kepada Dato’ Seri

Entri kali ini adalah untuk mempromosikan diri sendiri yang bakal jadi MB, eh bukan! perasan pulak..sekadar ingin mengajak pelayar-pelayar blog mengenali lebih lanjut MB negeri aku ni, Negeri Perak Darul Ridzuan, negeri tanah tumpah darahku, chewah..patriotik nampak!


Antara keempat-empat negeri yang diperintah PR, aku nampak MB Perak agak menonjol dari segi sahsiahnya ala-ala Tuan Guru MB Kelantan. Bukan menidakkan ketokohan MB Kedah yang juga seorang ulama seperti MB Kelantan, tetapi MB Perak telah menunjukkan ketokohan yang pada orang macam aku ni patut sangat ikut. Berkelulusan bidang profesional, Kejuruteraan Mekanikal dan dah jadi Jurutera pun dengan gelaran Insinyur (IR) di hadapan namanya, namun pada masa yang sama mendidik anak-anaknya menjadi insan yang soleh, mendidik masyarakat melalui kuliah,tazkirah dan khutbah serta berkemampuan menjadi imam dalam solat berjemaah. Subhanallah.

Teringat kata-kata abah mengulas mengenai Ir Nizar ni, berkat beliau mendidik anak-anaknya dengan pendidikan agama yang baik sehingga ada yang menjadi hafiz al-Quran, rezekinya murah selepas PRU ke-12 tempoh hari. Biarpun penuh dugaan menaiki takhta kerusi MB Perak yang tak pernah diimpikannya, jawatan itu diterima dengan penuh keinsafan yang terserlah melalui ucapan-ucapan beliau yang tidak pernah lekang dengan kupasan ayat-ayat suci al-Quran dan hadith-hadith Raul sebagai peringatan kepada diri dan masyarakat.

Teringat satu khutbah oleh SS Mufti Perlis tatkala PRU 12 semakin hampir, beliau mengingatkan bahawa pemimpin hendaklah kelihatan selalu bersama rakyat di saf-saf solat berjemaah, barulah ia layak untuk diangkat sebagai pemimpin. Pemimpin orang Islam hendaklah menjadi contoh ikutan dalam akhlaknya dan keperibadiannya. Sebagaimana Khulafa ar Rasyideen memegang tampuk pemerintahan, mereka menjadi imam dalam solat, menaiki mimbar memberi khutbah dan peringatan dan memegang amanah rakyat dengan penuh keinsafan, Ir Nizar kulihat telah memperlihatkan ciri-ciri itu. Alhamdulillah.

laksanakanlah keadilan dan ketelusan, di situlah akan lahirnya cinta rakyat dan keberkatan Allah. Jangan ulangi segala bentuk penyelewengan dan kebongkakan yang pernah dilakukan oleh mereka yang lain sebelum ini, kerana pada bongkah, sombong dan tidak telus itu mengundang kebencian rakyat dan kemurkaan Allah

Aku dah mula rasa hormat dan sayang pada MB Perak Ir Nizar ini, adakah ini sebahagian tanda-tanda keadilan kepemimpinannya? Allahua’lam, aku doakan begitu. Aku juga mendoakan agar kepemimpinan beliau dari hari ke hari mendatangkan keberkatan daripada Allah subhanahu wa ta’ala ke atas negeri Perak Darul Ridzuan dan semoga beliau terus istiqamah dalam perjuangannya dan teguh dalam pendiriannya, Ameen.

Semoga Allah merahmati, memberkati, mengampuni, dan memberi pertolongan-Nya kepada Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin sepanjang jangka masa pemerintahan yang telah diamanahkan kepadanya hingga ke suatu tempoh yang Allah kehendaki. آمين يا رب العالمين

Bacaan seterusnya di Laman Kredit Khas oleh Saudara Muhtar Suhaili, seorang jurutera sebuah syarikat minyak di Sarawak. Kredit untuk beliau atas tulisannya dan kredit untuk MB Perak terhadap kepemimpinannya dan ketelusannya.

  1. September 5, 2008 at 8:21 pm

    salam…. oo ada cita-cita nak ganti datuk seri.sangat dialu-alukan. Big AIM, that’s great!

    ‘small aim is a crime.’- http://infomajlisilmu.blogspot.com

    terus sokong insya ALLAH.

    wassalam

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: