Home > weblog > Dah bersedia memberi?

Dah bersedia memberi?

 SUMBANGAN
“Eh, Sin..kat blog kau ada laman ‘Sumbangan’, kau minta derma ke?”, tanya seorang rakan sejurus melihat sepintas lalu blog aku.

“Ha, aku nak minta derma sikit..ingat buat blog ini senang ke..so, memandangkan kau dah bertanya, eloklah kau jadi orang pertama derma kat aku..haha..”, jawabku merespons pertanyaannya seraya tertawa kecil.


“Ha!? Kau nak buat blog kau jadi tempat minta sedekah pulak…tak patut betulla kau ni. Tengok, aku budak bilik kau pun kau nak minta”, tingkas kawanku bermuka serius.

“Apelah kau ini, aku bukannya ada apa-apa pun yang sampai nak minta derma kat orang ni, aku buat laman tu untuk kumpulkan iklan tentang sumbangan derma yang boleh dibuat. Ha, contohnya Fast2Fund, Derma Palestin, ISA dan sebagainya”, jelasku panjang lebar.”Apa motif kau?”, tanyanya pendek.

“Yela, Ramadhankan bulan digalakkan bersedeqah, jadi aku nak kempenlah pelayar blog aku bila diorang buka laman ‘Sumbangan’ ni mudah-mudahan tergerakla hati untuk bersedeqah. Nak-nak pulak pada mereka yang amat memerlukan seperti pelarian Palestin, mangsa kekejaman ISA dan sebagainya”, terangku kepadanya.

“Ibn Abbas radhiyallahu ‘anhu berkata:

Nabi s.a.w adalah manusia paling dermawan dalam hal kebaikan dan kemuncak sifat dermawanan baginda itu ditunjukkan pada bulan Ramadan.” (Hadis riwayat al-Bukhari, no: 1902)

“Aku tak ada duitla, Sin..”, katanya seakan-akan meminta simpati.

“Aku tak mintak pun kat kau, tapi aku nak ajak kau fikir, selama ini kita banyak berbelanja untuk diri kita sendiri, walau mahal, walau susah nak dapat, tapi kita tetap beli jugak sebab kita nak dan inginkan perkara tersebut. Aku tunjukkan kau senarai barang-barang yang mahal tapi kita tak kisah nak memilikinya…

Handphone = RM699+RM50 (memori kad)

Laptop (ACER 4520) = RM1999

Celcom Broadband = RM469

Kamera DSLR Sony α-200 = RM1999

Upgrade PC = RM2250

Mahal,kan? Pernah kita berkira dengan diri sendiri nak beli barang-barang semua tu? Paling-paling tidak hari ni kita tak beli, esok lusa dah bermimpi mengigau nak beli juga. Jadi, apa salahnya, keluarkan seratus dua untuk derma-derma ni. Pahala dah dijanjikan, dengan Ramadhan ni lagi, pastinya berlipatkali ganda..bukan selalu, Ramadhan je”, ujarku sambil memandang ke arahnya.

“Lagipun sumbangan yang minta dihulurkan bukan untuk mereka membeli barang-barang mahal lagi mewah seperti di atas. Sekadar bekalan untuk berbuka puasa yang entah kalau tak ada orang nak sumbang, agaknya berpuasa mereka hingga ke malam. Kita kat sini nak belanja kawan-kawan berbuka bukan main meriah, padahal ada yang lebih memerlukan. Aku tak katalah, tak boleh belanja kawan-kawan, tapi kawan-kawan kalau kita tak belanja pun diorang tetap berbuka, macam mana dengan yang kat luar sana yang langsung takde bekalan nak berbuka, tentu lebih afdhal kan kita membelanja mereka,tak gitu?”, syarahku panjang lebar kepadanya.

Dia hanya mengangguk. Bersetuju barangkali.

“Jadi, bolehla ek..jom ke laman tersebut”, kataku sambil mengklik bebutang SUMBANGAN di weblogku.

Categories: weblog Tags: , , ,
  1. Kak Ija
    September 3, 2008 at 8:51 pm

    Akhi Husaini ke ni? Yang rajin tolong upload ceramah utk akak, la akak tak tau pun akhi dah ada blog. Ok, nanti akak akan setia melayari and derma. No sweat.

  2. husainibrahim
    September 3, 2008 at 10:53 pm

    Ya, Kak Ija..betulla ana ni. Ana berblog pun baru je lagi, tak sampai sepurnama lagi, tu yang sebelum ni tak pernah iklankan pun pautan blog ini sebab tak pernah ada lagi. Terima kasih atas kesudian melayari. Allahu baarik fiek🙂

  3. Kak Ija
    September 4, 2008 at 7:09 am

    Alhamdulillah, compare with your photo in multiply, you look healthier (lebih sihat) here. Just like what Ustaz Abu Saif said “Benda Hidup”. Tahniah kerana sudi memberi.

  4. husainibrahim
    September 4, 2008 at 12:14 pm

    Ana perasan ada orang lain cakap macam tu jugak, ingatkan gambar berjaket hijau ni, rupanya gambar di profil ya..Betul tu kak “Benda Hidup”..huhu

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: