Home > weblog > Coretan Ramadhan

Coretan Ramadhan

Gambar hiasan

“Abi..abi..Along tanya sikit”, ‘Ammar, anak sulungku bertandang ke arahku pada suatu petang Ramdhan.

“Ya, ada apa Along?”, soalku meraikannya.

“Along tengok semalam abi ada tulis artikel pasal perlunya Ramadhan bersandarkan dalil, apa maksud abi sebenarnya?”. ‘Ammar menyoalku. Tanpa sedar, aku bersyukur hasil tulisanku juga dibaca zuriat sendiri.


“Ok, sebelum abi jawab soalan Along, abi nak tanya Along dulu..”, kataku kepada ‘Ammar.

‘Ammar hanya menganggukkan kepala tanda bersetuju.

“Dah berapa lama ‘Ammar puasa?”. Aku menyoal ‘Ammar membuka perbincangan.

“8 tahun..”, jawabnya. Matanya kulihat seperti sedang mencari-cari poin perbincangan di sebalik persoalan mula  ini.

“Selama 8 tahun Along puasa ini, Along ikut siapa? “. Aku meneruskan persoalan.

“Eh, tentulah ikut Ustazah, cikgu-cikgu..abi..dan ummi pun ajar Along puasa waktu Along di PASTI lagi..nape abi, salah ke?”. Dia kulihat mula mengerutkan dahinya. Aku tersenyum.

“Abi tak cakap salah pun, cuma abi nak ajak Along fikir balik, ibadah puasa ni asalnya daripada siapa?”. Soalku kembali.

“Tentulah daripada Nabi Muhammad,kan abi?”. ‘Ammar menjawab persoalanku mengikut plan yang kurancang.

“Ha..betul tu, sebenarnya abi nak bagitau Along, dengan siapa pun kita belajar untuk mula berpuasa, yang penting kita tau dan ingat bahawa ibadah puasa ni datangnya daripada Nabi kita Muhammad s.a.w.”, aku menerangkan satu persatu.

“Jadi, abi?”. Ammar menyoal lagi meminta penjelasan.

“Jadinya, kita nak berpuasa dalam bulan Ramadhan ni hendaklah mengikut petunjuk Rasulullah dari segi tatacara ibadah, perkara-perkara yang membatalkan puasa dan sebagainya”, panjang lebar aku ‘berceramah’ kepada anak sulungku. Ammar mengangguk faham.

“Tapi, Ramadhan bukan sekadar berpuasa,kan abi? Apa lagi yang Nabi suruh kita buat dalam bulan ini..?”, kelihatan ‘Ammar menanyakan soalan yang lebih detil berbanding persoalan yang dikemukakan awal tadi.

“Oh, banyak…antaranya berdoa ketika melihat Hilal Ramadhan, bersolat malam, berniat puasa keesokan harinya, bangun bersahur dan melewatkannya, dan membanyakkan amalan kebajikan”, terangku menjawab persoalan ‘Ammar yang dibangkitkan mula-mula tadi.

“Banyak ek rupanya, Along ingat Ramadhan ni puasa jer..kemudian malam-malam bersolat Tarawih macam yang selalu orang buat. Kat sekolah pun, kami buat tarawih. Err, jap..jap..abi tak sebut pasal Tarawih pun tadi, Nabi tak suruh ke, abi?”. Along terlepas dengar tentang perkataanku mengenai solat malam.

“Ada..abi sebut tadi, cuma abi kata solat malam. Kenapa? Kerana zaman Nabi, tak dikenali pun perkataan Terawih, tapi solatnya tetap ada. Abi cakap macam ni supaya Along tau dan faham bahawa solat Terawih bukannya solat khusus dalam bulan Ramadhan, ia merupakan solat malam seperti solat tahajjud, qiamullail dan sebagainya. Cuma pada bulan Ramadhan, Rasulullah amat menggalakkan solat Tarawih atau solat malam ini dilaksanakan secara berjemaah”. Jawabku panjang lebar kepadanya.

Gambar hiasan

Gambar hiasan

“Ooo..”, balas Ammar sambil matanya mengerling kepada Intisor, kembarnya yang datang merapati kami dari arah dapur.

“Abi ni ajak Along je bersembang, Angah ni terlepas dah apa yang abi ceramahkan tadi,” kata anak keduaku sambil menarik muka.

Aku tersenyum lalu memujuknya seraya berkata, “Angah terlepas dengar apa yang abi cakap dengan Along tadi, tapi Angah dapat pahala tolong ummi sediakan juadah iftar, tak gitu?,” Kataku sambil mencuit dagunya.

Dia tersenyum manis dan berkata, “Ummi panggil kat dapur tu, dah nak iftar ni..Ummi kata abi kalau berceramah, waktu pun boleh terlupa.”

Aku dan Along tergelak serentak. Lantas aku mengajak kedua-dua anakku ke dapur untuk berbuka puasa bersama-sama dengan Ummu ‘Ammar yang menunggu di dapur. Hatiku gembira dapat berkongsi sesuatu dengan zuriatku hari ini.

Husaini Ibrahim @ www.husainibrahim.wordpress.com
34000 Taiping

Categories: weblog Tags: , , ,
  1. doubLe_F
    September 3, 2008 at 12:01 am

    Correction?
    Aku tersenyum lalu memujuknya seraya berkata, “Angah terlepas dengar apa yang abi cakap DENGAR Along tadi, tapi Angah dapat pahala tolong ummi sediakan juadah iftar, tak gitu?,” Kataku sambil mencuit dagunya.

    dengar ke dengan?

  2. husainibrahim
    September 3, 2008 at 12:47 am

    Ops, typo..kesilapan telah dibetulkan. Terima kasih doubLe_F🙂

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: