Home > weblog > Dengan Nama Allah…

Dengan Nama Allah…

…aku menulis

Pelik pulak rasanya memulakan topik dengan ayat tak habis lalu bersambung di bahagian teks. Walau apapun, dengan keizinan Allah jualah hati ni tergerak nak buat terjun juga dalam aktiviti blog-memblog ni. Dah lama simpan hasrat, tetapi hasrat asyik kekal dengan temannya, niat. Bilatah nak bertukar menjadi aktiviti yang giat. Syukurla, melalui gesaan mufti dan teman seperjuangan yang dari dulu tak habis-habis menggiatku agar menulis, akhirnya dah punya blog sendiri..Hamdan Lillah

BACA

Biasanya artikel pertama orang tak berapa nak baca kerana kalau tak bagitau (dah ada blog), takkan ada orang pun nak tiba-tiba TERsinggah lalu TERbaca artikel ini. Tapi, lama-lama kelak kalau dah ramai yang layari blog ni (huhu..pasang niat), pastinya kiriman-kiriman lama akan dibongkar untuk dibaca. Jadi sape-sape yang baca kiriman ni di saat blog ni dah femes (perasannya!)..tercapai jugala hasrat tuannya untuk kiriman ini dibaca setelah blog ini femes (perasan sekali lagi).

AKU PERGI?

Waktu nak register tadi,(terus tulis kiriman tuu..) ada minta letak nama blog..nak letak ape ek? Dalam 2,3 saat dan tak sampai 2,3 minit aku pilihla nama “Andaiku Pergi” sempena lagu single Mirwana yang diperdengarkan waktu Konsert di kampus tempoh hari. Sedap lagu tu, tak percaya tanya Acap kat bilik berapa kali sehari, lagu tersebut dikumandangkan..huhu

Andaiku Pergi – Mirwana

Justeru? Kenapa “Andaiku pergi..”? Kalau ikut versi Mirwana, mereka menggambarkan seorang suami yang pergi berjuang, lalu kot-kotla terkorban maka tinggallah sang isteri menunggu kepulangan yang takkan kembali. Versi aku pilih tajuk tu, untuk ingatkan diriku juga..sampai bila nak bertangguh buat blog, kalau “pergi’ dulu, kan ke terlepas peluang berdakwah melalui blog?!..huhu..Tajuk blog ini sendiri akan mengingatkan tuannya (akula tu) untuk selalu update blog ni dengan apa-apa kiriman yang orang pabila membacanya, mudah-mudahan ada sesuatu yang diperoleh…supaya setiap saat yang berlalu tak adalah peluang dakwah yang mungkin aku kesalkan (kerana saja tak buat) andai tiba-tiba kupergi…

Jam di tangan menunjukkan 18:15, cukupla celoteh kali ini untuk kiriman pertama yang mungkin orang kemudian akan baca atau TERbaca juga. Lagipun kalau tulis panjang-panjang, takut tak sempat nak post dah ITD suh tutup PC..isy232..berjumpa lagi…

Andaiku Pergi
Mirwana

Cerita hidup kian berlalu
Membawaku ke penghujung
Kaku langkah kian lemah
Kelu lidah untuk bicara

Langit jingga warna senja
Desir bayu membisik duka
Kealpaan nan semalam
Inginku lepaskan luka silam

Bersama rayu doa
Damba keampunanNya

Andai diriku pergi
Tinggalkanmu sendiri
Usah kau sedih
Usah tangisi duga dari Ilahi

Andaiku pergi dulu
Tiba tika dan waktu
Telah tertulis takdir untukku
Perjanjian yang Maha Agung
Doakanku sejahtera disisiNya

Rasa gentar rasa rindu
Bertarung di fikiranku
Wajah ceria, senyum manja
Kisah kita menghapus resah

Maafkan diriku kasih
Kerna buat kau menangis
Restuiku dengan cinta
Jangan kau titiskan air mata

Pintaku redhailah
Terima kasih atas segalanya

Hidup ini sementara
Ujian pasti setia hati
PadaMu kekasih

Moga rahmat hidayahMu
Mengiringiku, menemaniku
Saat akhir waktu

Bersaksi diriku
Tiada lain hanya Kau satu
Memiliki cintaku
Ku serah segalanya kepada Mu

Categories: weblog Tags: ,
  1. August 30, 2008 at 8:35 pm

    Salamun;alaikum wbt akhi fillah….Alfun mabruk ‘alaik utk penghasilan blog/wordpress ni….mantap ni…so, u deserve it (maksudnya, ok je nak ‘perasan’ sekejap)…allahu a’laam…semoga terus bersemangat utk berdakwah melalui mata pena….kita sama2 penulis blog yg tak bernama…termasuk juga yg lain…tp inshaAllah, biarlah usaha kecil lagi kerdil ini bernilai besar serta diganjari pahala olehNYA….krn itulah matlamat utama….bukan senang mendidik insan…apatah lagi membentuk insan…bukan senang mencetuskan yg MAHU….(well, i guess u know it already…sy tak ingt sgt kata2 abu saif)…till then…keep the spirit alive!…Barakallahu fiik🙂

  2. doubLe_F
    August 31, 2008 at 5:48 pm

    Salam ‘alayk.
    Alhamdulillah, dan TAHNIAH..kerana akhirnya terhasil weblog.
    Semoga terus istiqomah😉
    Teruskan usaha, insya-Allah i’ll support u.. (hehe, tukang baca jela..)

  3. doubLe_F
    August 31, 2008 at 5:51 pm

    oh, ye…nak tambah lagi satu.. kekalkan identiti sendiri tau.. tonjolkan konsep husainibrahim !

  4. husainibrahim
    August 31, 2008 at 6:18 pm

    Jazakumullahu khairal jaza’ ila antuma menjadi pemberi komen terawal di weblog ini.. Baarakallahu fiekuma..Doakan saya terus istiqamah menjadi penulis yang tak jemu untuk memberi…

  1. October 14, 2008 at 2:24 am

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: