Arkib

Archive for the ‘Uncategorized’ Category

Oh Mama, aku mahu kahwin!

Januari 16, 2010 3 comments

Antara dilema yang dihadapi oleh anak-anak muda masa kini ialah sukarnya untuk mengawal nafsu yang bergelora. Dunia maklumat yang tidak bersempadan telah menyebabkan nafsu anak-anak muda kita semakin menggila. Sama ada dalam bidang hiburan, mahupun dalam ruangan berita sekalipun, unsur pembangkit nafsu tetap berleluasa.

Fenomena globalisasi juga turut menyumbang kepada pemaksaan ke atas anak-anak muda untuk menerima budaya yang dipromosikan oleh sesetengah pihak. Bagi yang lemah iman dan lemah akal pemikiran, mudahlah mereka dihanyutkan oleh arus hedonisme dan liberalisme. Bagi yang masih ingin mempertahankan keimanan serta nilai murni di dalam diri, dilema yang mereka hadapi semakin parah.

Di antara budaya yang dipaksakan ke atas anak-anak muda kita ialah budaya “coupling” (berpacaran) dan “sex before marriage” (seks pra-nikah). Bukanlah sesuatu yang ganjil jika ramai di antara anak-anak muda akan berasa janggal dan terasing jika mendapati diri mereka tidak mempunyai teman lelaki istimewa dan teman wanita istimewa.

Read more…

Nampak Kuat Agama tetapi Masuk Neraka

Oleh: Dr Mohd Asri Zainul Abidin, USM

Untuk membuat penilaian yang seimbang atau kesimpulan yang adil bukanlah mudah. Dalam kehidupan ini ramai orang selalu membuat kesimpulan daripada penampilan atau faktor luaran yang mereka lihat semata. Penilaian yang seimbang atau kesimpulan yang adil berbeza dengan sangkaan baik. Umpamanya, apabila kita melihat mereka yang kuat bersolat, atau berpuasa maka sudah pasti kita wajar bersangka baik terhadapnya.

Namun dalam masa yang sama kita tidak akan membuat kesimpulan bahawa dia adalah pasti ahli syurga, atau pasti orang yang kuat berpegang dengan agama, atau seorang yang soleh. Ini kerana solat dan puasa memanglah amalan yang baik dalam Islam, tetapi Islam bukan sahaja berkaitan soal solat dan puasa, sebaliknya Islam merangkumi pelbagai sudut kehidupan.

Jika dia kuat solat dan puasa, tetapi dalam masa yang sama kuat memaki dan mencerca orang, atau menderhakai ibubapanya, atau tidak amanah, atau menzalimi orang lain dan seumpamanya, maka dia bukannya orang yang soleh dalam ertikata sebenar dalam Islam.

Tidakkah kita selalu membaca hadis: Read more…

Ramai bersetuju SIS diharamkan

Hasil tinjauan di mStar Online:

haramkan SIS

Categories: Uncategorized Label:,

VIDEO LAWATAN NIZAR DI HOSPITAL TAIPNG

Raja Nazrin beri signal positif – MB Nizar

Bisikan Diraja untuk Nizar

Datuk Seri Nizar sebagai Bendahara Tun Perak moden.

Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan siri lawatannya buat kali ketiga ke Bukit Gantang dalam tempoh dua minggu dengan mengajak pengundi membuat perubahan drastik dengan menolak Umno dan Barisan Nasional pada hari Selasa, 7 April depan.

Berucap di hadapan kira-kira 200 warga guru di Kg Ayer Kuning, Taiping tengahari tadi, Anwar menyeru pengundi Bukit Gantang supaya tidak melakukan kesalahan yang sama terhadap calon Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin seperti apa yang berlaku ke atas Hang Nadim, seorang pahlawan Melayu yang gugur dibunuh akibat difitnah.

Read more…

Tun Pak Lah?

Abdullah dan Jeanne anugerah Tun

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isteri Datin Seri Jeanne Abdullah hari ini masing-masing menerima anugerah bergelar “Tun” daripada Yang diPertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara di sini hari ini.

Abdullah, 69, menerima anugerah tertinggi negara “Seri Maharaja Mangku Negara” (SMN) manakala Jeanne, 55, menerima anugerah “Seri Setia Mahkota” (SSM).

Istiadat penganugerahan itu berlangsung selepas majlis mengangkat sumpah jawatan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri yang baru.

Abdullah, yang dilantik sebagai perdana menteri pada 31 Oktober 2003, melepaskan jawatan itu semalam. BERNAMA-MKini

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.