Arkib

Archive for the ‘tazkirah’ Category

Ini Hari Kemenangan, bukan Hari Ratapan

September 21, 2009 Husaini Ibrahim Tinggalkan komen

Selamat Hari Raya! Semoga Allah menerima amalan saya dan saudara pembaca sekelian! Hari ini adalah hari kemenangan dan kegembiraan. Minggu lepas saya sudah bicarakan bagaimana sepatutnya hari raya menjadi hari gembira untuk umat Islam bukannya hari dukacita dan kesedihan seperti yang selalu digambarkan oleh drama atau filem Melayu.

Ya, Islam apabila hadir ke dalam sesuatu kaum atau masyarakat, ia tidak menghapuskan budaya atau adat yang tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam, atau mengubah rupa asli agama yang tulus dan suci ini. Islam tidak membuang jubah orang Arab, atau kurta orang India, atau sampin orang Melayu. Namun Islam memberikan garis panduan dan prinsip umum dalam berpakaian.

Read more…

Islamkan Politik atau Politikkan Islam?

1. Saya sering bercakap tentang “Islamkan politik, jangan politikkan Islam”. Mungkin seseorang bertanya apakah beza antara kedua ini?

Bezanya ialah kita berusaha mengislamkan politik kita dengan memastikan tindak tanduk atau gerakerja politik itu tidak bercanggahan dengan Islam. Juga, jika ada pengamalan politik yang belum islamik, kita akan berusaha untuk mengislamisasikannya.

Dalam ertikata lain, Islam adalah panduan sebelum tindakan.

2. Sementara mempolitikkan Islam adalah dengan menggunakan Islam sebagai modal politik untuk kepentingan kuasa. Maka Islam bukan panduan tetapi sekadar alasan atau ‘cop halal’ yang dibuat untuk menjadikan masyarakat atau pengikut menerima sesuatu tindakan.

Hasilnya, seseorang akan bertindak dalam gerakerja politiknya tanpa terlebih dahulu melihat kepada ajaran Islam, namun apabila ia dipertikaikan, maka pendapat atau nas Islam akan digunakan untuk membela diri.

Read more…

Ceramah “Cintailah Sunnah”

Ceramah “Cintailah Sunnah”

Tarikh : 28 Mei 2009
Hari : Khamis
Masa : 9.00mlm hingga 10.30mlm
Tempat : Dewan Serbaguna ADTEC Shah Alam (KLIK untuk PETA)

Penceramah : Al-Fadhil Ustaz Fadlan Mohd Othman
Pensyarah di Jabatan Al-Quran & Hadis UKM

Ceramah diadakan sempena Open Day ADTEC Shah Alam
Tak tahu jalan nak datang boleh hubungi abufaqeeh – 019-9441057

Umat Melayu, Sultan dan Islam

Jiwa ‘Kehambaan’ Melayu Menghalang Pembaharuan

oleh: Dr Mohd Asri Zainul Abidin

1. Dalam semangat sesetengah pihak untuk menegakkan ‘Kedaulatan Melayu’ maka berbagai-bagai slogan kemelayuan dikeluarkan. Sebahagiannya berbangga kerana menjadi Melayu yang merupakan kaum asal di Nusantara ini. Sebahagian lagi berbangga  kerana sejarah kesultanan dan kepahlawanan Melayu.

Apatah lagi ketika dunia hanya tinggal beberapa belas raja, sembilan daripadanya dimiliki oleh orang Melayu.

gambar hiasan

2. Ada yang kata orang Melayu itu istimewa disebabkan adat dan budaya. Berbagai-bagai lagi yang disebutkan dalam menuntut kemuliaan dan ketinggian kaum.

3. Namun, kemuliaan orang Melayu yang sebenar dan kekal adalah kerana mereka menganut Islam. Mereka tidak kekal mulia dengan adat atau kesultanan atau budaya atau apa saja, mereka akan kekal mulia kerana akidah Islam dan jika mereka berpegang kuat dengan Islam.

Read more…

Apabila ahli politik pun nak berblog

Rumah dan Pejabat Politik di Internet

FACEBOOK STATUS:

Hasrizal Abdul Jamil feels that all those public figures including politicians who never update their blogs neither their facebook should stay offline. You are fooling the people, including yourselves

Ya, kasar bunyinya. Tetapi saya memang memaksudkannya.

Apa rasa anda, kalau melihat rumah-rumah yang terbengkalai, dinaiki lalang, penuh semak dan sesekali keluar haiwan-haiwan daripadanya, ala-ala zoo di Kemensah sana?

Serabut.
Read more…

Ustaz Fadhil Dan Perubahan Umat

Oleh: Dr MAZA

(Allahyarham)Y.B Dato’ Fadhil Noor terkenal sebagai tokoh yang terbuka dalam menilai keadaan dan suasana. Wataknya ini telah banyak mencetus rentak perubahan berfikir sebahagian mereka yang jumud. Saya menyanggap beliau sebagai tokoh politik pro-Islam yang moderat.

Baru-baru ini saya agak tertarik dengan kenyataan Y.B Dato’ Fadhil Noor, dalam suatu temuramah dengan beliau oleh wakil malaysiakini mengenai penubuhan negara Islam. Kata beliau:

“Penubuhan negara Islam tidak boleh dicapai serta merta sebab umat Islam telah begitu jauh meninggalkannya selepas kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah dan kebangkitan penjajahan Eropah. Ini memerlukan masa yang panjang dan tidak dapat dilaksanakan secepat mungkin terutama di negara demokrasi. Kita perlu mencari strategi bertemu dengan rakyat supaya ia dapat diterima oleh semua pihak”

Read more…

Nik Abduh buat pendedahan jujur, Pas perlu bertindak

2701649Pas perlu bertindak serius bagi memastikan pemimpin dan ahli kekal di landasan perjuangan sebenar tanpa terpengaruh dengan usaha memecahbelahkan perpaduan parti itu, kata Ketua Dewan Pemuda Pas Selangor, Sallehen Mukhyi.

Menurutnya, sesiapa sahaja yang berada dalam saf kepimpinan parti itu seharusnya bersikap ikhlas dan tidak terlalu mengejar agenda peribadi berbanding menjaga kepentingan parti.

“Pas perlu serius dan tidak membiarkan elemen melaga-lagakan antara pemimpin parti berterusan sebaliknya kembali kepada asas parti yang mementingkan kesatuan amal, fikrah dan tindakan.

Read more…