Tepat jam 3.00 petang tadi satu gagasan NGO yang dikepalai oleh Tuan Azmi Abdul Hamid (Presiden TERAS) telah mengetuai pakatan NGO telah mengadakan satu majlis penyerahan Memorandum, Referandum Rakyat kepada DYMM Sultan Perak di pejabat DYMM Sultan Perak bersebelahan Istana Iskandariah.
Antara objektif utama penyerahan memorandum tersebut ialah untuk menyampaikan suara rakyat berkenaan dengan isu politik terkini yang sedang bergolak di Perak.
Dalam memorandun tersebut juga disertakan bersama sejumlah 20,000 tandatangan sokongan dari rakyat Perak dan kami difahamkan bahawa terdapat lebih 100,000 lagi tandatangan tanda sokongan daripada rakyat Perak bakal menyusul selepas ini.
Majlis penyerahan berjalan dengan cukup lancar dan memorandum berkenaan telah selamat diterima oleh wakil dari Pejabat DYMM Sultan Perak.
Read more…