Arkib

Archive for the ‘Ilmiah’ Category

Hukum Ulama menyertai parti politik

Soalan:
Yang amat saya kasihi Dr Asri, sehari dua ini heboh masyarakat mengulas tentang ulama muda menyertai parti tertentu. Alhamdulillah, saya mewakili kebanyakan rakyat Malaysia bersyukur kerana Dr. Asri yang kami sanjungi tidak mengambil tindakan yang sama. Tapi saya hendak tanya Dr, apakah pandangan Dr Asri tentang ulama yang menyertai pertubuhan politik yang tidak memperjuangkan Islam dan terlibat dengan banyak perbuatan-perbuatan tidak baik? Maaf jika soalan ini berbau politik.

Fazalina, Tanah Merah.

Jawapan DR MAZA:
Saudari Fazalina, terima kasih atas penghormatan saudari dan rakyat Malaysia yang lain. Doakan agar saya dapat memilih langkah yang betul lagi diredhai Allah dalam kehidupan ini. Read more…

Edisi Ringkasan: Kritikan Ke Atas Tulisan Yusri Mohamad: Maksud as-Sawadul A’zham (السواد الأعظم)

Disember 16, 2009 Tinggalkan komen

Artikel penuh/asal: Klik

Artikel ini adalah sebuah jawaban kepada Yusri Mohamad, seorang Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan juga merupakan Bekas Presiden Angkatan Belia Malaysia (ABIM).

Yusri: bekas Presiden ABIM merangkap pensyarah undang-undang UIAM

Beliau sebagaimana tulisannya yang disiarkan di dalam Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 28 November 2009, Sabtu, di bahagian Rencana, m/s. 10, Bertajuk: Mencari Kebenaran Beragama: Menyeru supaya umat Islam mengikuti praktik agama (Islam) yang dianut oleh golongan majoriti dengan alasan menggunakan kalimah as-Sawadul A’zam dan arus perdana.

Berikut dinukilkan sebahagian perkataan beliau sebagaimana rujukan:
Read more…

Kepemimpinan Ulama bukan retorik

Konsep Ulama dan Kepimpinannya

ulama

“Siapa yang dikatakan Ulama? Siapa yang beri dia pangkat Ulama?” pertanyaan begini sering timbul.

“Kalau kita nak lantik Ulama sebagai ketua, apa kriteria yang menentukan seseorang itu Ulama atau tidak?” soalan dikaitkan pula dengan perjawatan dan perlantikan.

Apabila seseorang menggali khazanah Islam untuk mencari takrif Ulama, sempit pula dada memikirkan bahawa Ulama seperti itu hanya seperti sebutir pasir di tepian pantai di hari ini. Terlalu sukar untuk dicari calon yang memenuhi kriteria seperti yang dinukilkan.

Read more…

Beberapa siri kuliah Ust Abu SAIF untuk dimuat turun

Rakaman kuliah di Surau an-Naim, Wangsa Maju. Sila ke SINI untuk memuatturun.

Sedikit Fakta tentang P059 Parlimen Bukit Gantang

Februari 13, 2009 1 komen

  • Asalnya Parlimen Bukit Gantang adalah kawasan selamat atau kubu kuat UMNO/BN sewaktu Pilihanraya Umum
  • Dalam PRU11 tahun 2004, calon PAS Dr. Lo’ Lo’ Ghazali telah bertanding di kawasan ini tetapi telah kalah dengan calon BN/GERAKAN Datuk Tan Lian Hoe walaupun peratus pengundi Melayu adalah majoriti.
  • Dr. Lo’ Lo’ telah kalah dengan BN mendapat majoriti 6702 undi.
  • Pada PRU12 tahun 2008, calon PAS Haji Roslan Shaharum telah berjaya mencatat sejarah apabila mengalahkan calon BN Dato’ Seri Abdul Azim Abidi (bendahari UMNO)
  • Haji Roslan Shaharum mendapat 20 015 dan Abdul Azim Zabidi mendapat 18 449.
  • Pada PRU12 juga merupakan pertembungan tiga penjuru di mana seorang lagi calon ialah calon bebas iaitu M. Mogan.
  • M. Mogan telah mendapat 882 undi.
  • Haji Roslan Shahaom menang dengan majoriti 1566.
  • Jumlah pengundi ialah 55 471.
  • Pengundi Melayu ialah 63.5%.
  • Pengundi Cina ialah 27.1%.
  • Pengundi India ialah 9.1%.
  • Lain ialah 0.3%.
  • UMNO kata BN kalah sebab Abdul Azim ialah calon luar.

Puasa: Kenapa badan bertambah berat?

September 14, 2008 Tinggalkan komen


Oleh:Dr. Mohd Zamrin Dimon
Pakar Perunding Bedah Jantung dan Paru-paru HUKM
Presiden Kelab Kesihatan HALUAN (KKH)

PUASA adalah menahan diri dari makan dan minum dari terbit fajar ke maghrib. Dari aspek fisiologi dan kesihatan, puasa bermula sekitar 12 hingga 24 jam dari ketika kita tidak makan dan minum.

Puasa belum bermula dari segi kimianya, sehinggalah karbohidrat dalam badan kita digunakan sebagai sumber tenaga. Puasa boleh berterusan sehingga semua karbohidrat dan lemak dalam badan kita dapat digunakan sebagai sumber tenaga.

Read more…

Debat Tudung Muslimah: Bidasan Terhadap Raja Petra Malaysiatoday

September 12, 2008 Tinggalkan komen

Oleh
Ustaz Zaharuddin Abd Rahman (UZAR)

www.zaharuddin.net

(Artikel asal saya tulis dalam bahasa inggeris, sila rujuk rujuk ruangan english, ini adalah versi terjemahan yang diusahakan oleh Pak Usu, namun begitu saya telah mengubah suai dan menambah beberapa perkara lagi agar lebih mudah difahami)

Tulisan ini adalah hujah balas kepada Raja Petra Kamaruddin dan rakan seangkatan dengannya (anti hadis dan Islam Liberal) berkenaan aurat wanita Muslim di dalam blog popularnya (Malaysia Today). Sumber

Read more…

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.