Arkib

Archive for the ‘Berita’ Category

Dr Asri nafi akan sertai parti politik

Dr Mohd Asri Zainul AbidinMENGKUANG (20 Jun) – Mantan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini menafikan yang beliau akan menyertai mana-mana parti politik dala masa terdekat. Dalam kenyataan terbaru beliau yang dimuatkan di blognya DrMaza.Com, beliau menafikan telah membuat keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik hingga ke saat ini.

Respons terbaru tersebut dilihat sebagai reaksi balas kepada desas-desus sebuah laman blog yang mendakwa bahawa Pensyarah USM itu akan bersama-sama dengan 100 ulama berpendidikan tinggi menyertai UMNO Cawangan Dataran Merdeka, Bukit Bintang pada Jumaat ini.

Read more…

Bulan Maulud tidak ada fadhilat

Februari 20, 2010 Tinggalkan komen

KOTA BHARU – Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Kerajaan Negeri tidak akan mengadakan sebarang sambutan bagi menyambut Maulidur Rasul memandangkan bulan Maulud tidak mempunyai sebarang fadilat dan kelebihan berbanding bulan Ramadan.

Nik Abdul Aziz berkata, Kelantan tetap tidak akan menyambutnya, walaupun negeri lain membuat sambutan secara besar-besaran.

“Boleh jadi, orang negeri lain sambut Maulud besar-besaran. Bulan Maulud sendiri tidak ada sebarang fadilat tidak sebagaimana bulan Ramadan. Bulan Ramadan memang ada fadilat dan kelebihannya. Bulan Maulud tidak ada apa.

“Di rumah saya sendiri, saya tak pernah buat Maulud. Sebenar-benar Maulud bagi saya, bagi orang seperti kami (gerakan Islam) ialah mewujudkan suasana Islam dalam sebuah negara. Ini sebenar-benar Maulud,” katanya kepada pemberita ketika ditemui sewaktu berkunjung ke rumah Pengerusi Eksekutif SBJ Binajaya Sdn Bhd sempena sambutan Tahun baru Cina di sini, semalam.

Read more…

Gara-gara lilitan Bubar DUN, Nizar diarah keluar Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin diarah keluar Dewan Rakyat tidak sampai lima minit selepas mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Arahan itu dikeluarkan oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia ekoran tindakan Nizar melaungkan slogan “bubar Dewan Undangan Negeri” sebaik sahaja menurunkan tandatangan angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen dan ingkar arahan supaya menanggalkan lilitan “BUBAR DUN” Perak.

Nizar mengenakan lilitan di kepalanya sejurus mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat Bukit Gantang.

Tindakannya mencetuskan kekecohan apabila Speaker mengeluarkan arahan itu dan turut disokong oleh ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional.

Nizar terpaksa menanggalkan lilitannya sebelum kembali ke tempat duduk beliau di blok “F”.

Bagaimanapun Nizar terus diminta keluar Dewan Rakyat ketika beberapa wakil rakyat pembangkang turut mengenakan lilitan tersebut.

Turut diarah keluar ialah beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat yang enggan mematuhi arahan Speaker supaya tidak memakai lilitan itu.

Mereka ialah Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming dan Datuk Ngeh Koo Ham (Beruas) serta N. Gobalakrishnan (Padang Serai).

Ada wakil rakyat yang mengikat pada kepala dan ada yang memakai pada lengan masing-masing.

Malah Dewan Rakyat juga mengarahkan sekumpulan tetamu yang hadir, dipercayai penyokong Pakatan Rakyat dari Perak yang turut memakai lilitan “BUBAR DUN”.

Insiden itu menyebabkan sesi soal jawab soalan lisan tertangguh 15 minit.-mStar-

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.