Dilahirkan pada 22 Januari 1985 di Kampung Batu 9, Jalan Trong, Taiping dan dinamai dengan nama Muhammad Husaini. Anak kedua kepada pasangan Hj Ibrahim Abd Halim dan Hjh Munirah Hassan ini mendapat pendidikan awalnya di Pasti Al-Badar, Simpang sebelum melangkah ke alam persekolahan di Sekolah Kebangsaan Simpang, Taiping. Husaini menyambung pengajian menengahnya di Ipoh apabila mendapat tawaran ke Sekolah Izzuddin Shah, sebuah sekolah agama tajaan penuh Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.
Setelah 5 tahun di Ipoh, Husaini kemudiannya menyambung pengajiannya di Pusat Matrikulasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Petaling Jaya dalam bidang Kejuruteraan. Pada November 2004, beliau kemudiannya melangkahkan kakinya ke menara gading di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak dan memilih pengkhususan Kejuruteraan Biokimia-Bioteknologi. Kini, beliau telah berada di tahun akhir pengajiannya.




KLIK PADA GAMBAR UNTUK MENONTON
Assalamu’alaikum..
Akhirnyee…Encik Husaini kite ada jugak blog! :p
Mantop2
Wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh
Alhamdulilla, nti jugak yang galakkan ana dari dulu, kan..bolehla ada blog ringkas ni..ana baru bertatih, nti dah berlari jauh dah
Tahniah akhi!
Ana pembaca setia anta
Jazakallah Ustaz atas lawatan ke blog ana tak seberapa ni. Terinspirasi daripada blog Ustaz juga
assalamualaykum=)
Wa’alaykumussalam warahmatullahi wabarakatuh =)